"JENIS-JENIS PEGANGAN HARTANAH YANG ANDA PERLU
TAHU"
===
Perkongsian saya pada kali ini adalah mengenai pegangan
hartanah.
Mungkin ada kalangan pembaca yg mengenali atau sudah
biasa mendengar jenis-jenis pegangan hartanah ni.
Antara jenis pegangan hartanah yg saya ingin kongsikan
adalah "freehold", "leasehold" dan "hak milik
sementara".
=
APA ITU FREEHOLD
=
FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana
pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya.
Dalam analogi mudah, pemilik tanah pegangan bebas
memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali
semula kepada hak milik kerajaan selepas tempoh tertentu (kecuali dengan
pengambilan balik tanah milik kerajaan).
Di dalam dokumen hak milik muktamad(final title), pegangan
bebas dikenali sebagai GERAN(sama ada Geran atau Geran Mukim)
Ø Geran
merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri.
Ø Geran
Mukim merujuk kepada hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pentadbir
Tanah dan Daerah.
Sebagai contoh :
·
Jika dokumen itu dikeluarkan oleh pejabat
Pendaftar Tanah Negeri, maka ianya menggunakan No. Hakmilik seperti Geran 1234.
·
Jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah
Daerah, maka No. hakmilik adalah seperti Geran Mukim 1234.
=
APA ITU LEASEHOLD
=
LEASEHOLD atau pegangan berstatus pajakan merupakan jenis
pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.
Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau
dikeluarkan oleh kerajaan negeri/Pejabat Tanah adalah untuk 99 tahun.
Di negeri seperti Sabah & Sarawak kita mungkin
melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan
tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30
atau 60 tahun.
Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh
pajakan tersebut tamat?. Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi
hakmilik negeri.
Walaubagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya
pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui/memanjangkan
tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai
tanah semasa.
Sekiranya anda merupakan pemilik tanah jenis pajakan,
anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon
tetapi boleh mula memohon apabila tempoh semakin pendek(sekitar kurang 30 ke 50
tahun) kepada Pejabat Tanah.
Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu
dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya
diluluskan.
Di Selangor, pemilik yang terus tinggal di hartanah
berkenaan hanya perlu membayar RM1000 berbanding jumlah premium mengikut nilai
pasaran tersebut sehingga pemilik menjual hartanah berkenaan.
Pegangan pajakan juga memiliki dokumen hakmilik
tersendiri.
Sebagai contoh :
No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan
menggunakan
·
PAJAKAN 1234
·
PAJAKAN MUKIM 1234
=
APA ITU HAKMILIK SEMENTARA
=
HAKMILIK SEMENTARA merupakan hakmillik yang belum
muktamad.
Pegangan seperti Freehold & Leasehold, dokumen
hakmilik muktamad menggunakan nombor pengenalan
seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.
Untuk hakmilik yang belum muktamad, nombor pengenalan
hakmilik yang digunakan adalah seperti :
·
H.S.(D) 1234 atau
·
H.S.(M) 1234
Huruf H.S merujuk kepada Hakmilik Sementara.
(D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat
Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu :
·
D(Daftar) - Pejabat Pendaftar Negeri
·
M(Mukim) - Pejabat Tanah Daerah
Hakmilik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang
berbeza iaitu sama ada "pegangan bebas" atau "pegangan
pajakan" yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen hakmilik tersebut.
Walaupun Hakmilik Sementara ini bukanlah dokumen hakmilik
muktamad, ianya tetap sah digunakpakai sebagaimana butiran yang tercatit di
dalamnya sehinggalah hakmilik muktamad dikeluarkan.
Hakmilik muktamad merupakan hakmilik berdasarkan ukuran
akhir/sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda
sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara
===
Semoga perkongsian yang tak seberapa ini boleh beri
banyak nilai dan manfaat kepada anda semua. Sentiasa menambah ilmu dengan bahan
bacaan yang bermanfaat. Dengan ilmu yang betul, kita tak akan takut nak ambil
sebarang tindakan dan membuat keputusan.
---
p/s : Ada sesiapa yang sedang mencari rumah bawah RM300K
?
Jika ada, nyatakan perincian rumah yang anda mahu dan
saya akan bantu anda carikan.
0 Komen untuk "APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI JENIS-JENIS PEGANGAN HARTANAH ?"